awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara kecam Israel jadikan Gaza 'medan penyembelihan manusia', bunuh kanak-kanak

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
07/06/2021
15:46 MYT
Korea Utara kecam Israel jadikan Gaza 'medan penyembelihan manusia', bunuh kanak-kanak
Korea Utara menyifatkan Israel bertindak kejam dengan membunuh kanak-kanak tidak bersalah dan ia jelas adalah jenayah kemanusiaan. - Foto AP
Korea Utara mengecam keras tindakan Israel yang disifatkan mengubah Semenanjung Gaza menjadi 'medan penyembelihan manusia dan pembunuhan kanak-kanak'.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar Korea Utara berkata, Israel bertindak kejam dengan membunuh kanak-kanak tidak bersalah dan ia jelas adalah jenayah kemanusiaan.
"Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa seluruh Semenanjung Gaza telah berubah menjadi tempat penyembelihan manusia yang besar dan tempat untuk mendera anak-anak.
"Tidak lama setelah berakhirnya pengeboman itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pihak berkuasa Israel cuba untuk berselindung dengan kejahatan mereka membunuh ratusan manusia termasuk kanak-kanak," kata kenyataan itu.
Pada masa sama, katanya saluran berita antarabangsa mengecam keras Israel kerana terus mencederakan kanak-kanak, sekali gus menunjukkan mereka sebagai pengusir yang menghalau rakyat Palestin dan menyemai benih kebencian terutama sewaktu umat Islam di Palestin mengerjakan ibadah.
Kenyataan Korea Utara itu bersempena dengan sambutan 'Hari Kanak-Kanak Mangsa Serangan yang Teraniaya Sedunia' pada 4 Jun lalu.
Serangan terbaharu Israel di Gaza telah mengakibatkan kemusnahan terhadap ribuan perniagaan dan kediaman, memaksa lebih 100,000 penduduk berpindah.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan ketika ini, kira-kira 240 warga Palestin terkorban dalam konflik selama 11 hari itu.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#PBB
#Perdana Menteri
#Korea Utara
#Kementerian Luar
#Zionis
#Gaza
#Korea Selatan
#Kanak-kanak
#Korea
#Hamas
#Israel
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan