awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar dua peluru balistik jarak dekat ke arah laut timur

Bernama
Bernama
09/10/2022
05:19 MYT
Korea Utara lancar dua peluru balistik jarak dekat ke arah laut timur
Pelancaran itu provokasi peluru berpandu ketujuh Korea Utara dalam tempoh dua minggu selepas Korea Selatan dan Amerika Syarikat menjalankan latihan ketenteraan bersama. - Fail REUTERS
SEOUL: Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik jarak dekat (SRBM) ke arah Laut Timur pada Ahad, lapor agensi berita Yonhap.
Ketua Staf Bersama (JCS) berkata pihaknya mengesan peluru berpandu dilancarkan dari kawasan Munchon di Wilayah Gangwon antara 1.48 pagi dan 1.58 pagi dan terbang sejauh 350 kilometer (km) pada ketinggian sekitar 90 km dengan kelajuan maksima Mach 5.
Peluru berpandu itu dianggap sebagai peluru berpandu "berkaliber super mega" yang dilancarkan daripada sistem pelancaran roket berbilang dikenali KN-25, menurut pemerhati di Seoul.
Pelancaran itu provokasi peluru berpandu ketujuh Korea Utara dalam tempoh dua minggu selepas Korea Selatan dan Amerika Syarikat menjalankan latihan ketenteraan bersama, melibatkan kapal induk USS Ronald Reagan pada Sabtu dan latihan tiga hala dengan sekutu Jepun pada Khamis.
Pelancaran itu turut berlaku pada malam ulang tahun ke-77 penubuhan Parti Pekerja yang memerintah Korea Utara.
"Siri peluru berpandu balistik Korea Utara baru-baru ini tindakan provokasi ketara yang menjejaskan keamanan bukan sahaja di Semenanjung Korea tetapi juga masyarakat antarabangsa dan jelas melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Tentera kita akan mengekalkan kedudukan sambil memantau pergerakan berkaitan (peluru berpandu) dengan kerjasama AS sebagai persediaan menentang provokasi tambahan," menurut JCS.
Dalam satu kenyataan, Komando Indo-Pasifik A.S. berkata pelancaran terbaharu itu menyerlahkan kesan "ketidakstabilan" daripada senjata pemusnah besar-besaran dan program peluru berpandu balistik Korea Utara yang "tidak sah".
Kapal pengangkut USS Ronald Reagan ditempatkan semula ke perairan timur semenanjung pada Rabu sehari selepas Pyongyang melancarkan peluru berpandu balistik jarak sederhana merentasi Jepun.
Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Kebangsaan (NAA) Utara menegaskan ujian peluru berpandu Pyongyang bertujuan "mempertahankan diri" terhadap ancaman pihak luar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#peluru berpandu balistik
#Pyongyang
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan