awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur

Bernama
Bernama
05/11/2024
02:45 MYT
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Orang ramai menyaksikan laporan berita tentang pelancaran peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur. - Foto AP
SEOUL: SEOUL, 5 Nov (Bernama-Yonhap) - Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa, menurut laporan agensi berita Yonhap memetik kenyataan tentera Korea Selatan.
Ketua Staf Bersama (JCS) mengesan pelancaran pada kira-kira 7:30 pagi waktu tempatan dari kawasan Sariwon di Wilayah Hwanghae Utara, yang terletak di wilayah barat negara itu.
JCS tidak mendedahkan jumlah peluru berpandu yang dilancarkan dan memaklumkan bahawa analisis sedang dijalankan.
"Di samping meningkatkan pengawasan dan kewaspadaan tentera bagi menghadapi kemungkinan pelancaran seterusnya, kami bersiap siaga sepenuhnya dan secara aktif berkongsi data peluru berpandu balistik Korea Utara dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Jepun," menurut JCS menerusi satu mesej teks.
Insiden terbaharu itu berlaku hanya lima hari selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) baharu, Hwasong-19, ke arah Laut Timur pada Khamis lalu.
Susulan pelancaran ICBM terbaharu itu, Korea Utara mendakwa bahawa mereka meningkatkan keupayaan peluru berpandu strategik.
Sebagai tindak balas, JCS melaporkan bahawa Korea Selatan, AS, dan Jepun mengadakan latihan udara bersama pada Ahad, yang turut melibatkan penempatan pesawat pengebom B-1B milik AS di perairan timur Pulau Jeju, Korea Selatan.
Korea Utara secara konsisten bertindak balas dengan keras terhadap kehadiran aset strategik AS di sekitar Semenanjung Korea, menuduh Washington meningkatkan ketegangan serantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peluru berpandu balistik jarak dekat
#Laut Timur
#Korea Utara
#Sariwon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan