awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara uji peluru berpandu balistik antara benua

Bernama
Bernama
13/07/2023
13:36 MYT
Korea Utara uji peluru berpandu balistik antara benua
Ujian tembakan itu dilakukan dengan menetapkan peringkat pertama sebagai mod penerbangan balistik standard dan peringkat kedua dan ketiga sebagai mod penerbangan sudut tinggi. - Gambar fail/Reuters
SEOUL: Korea Utara pada Rabu menguji peluru berpandu balistik antara benua Hwasongpho-18 terbaharunya yang merupakan sistem senjata teras pasukan strategik negara itu, lapor Xinhua pada Khamis.
Peluru berpandu itu bergerak sehingga ketinggian maksimum 6,648.4 kilometer (km) dan terbang sejauh 1,001.2 km selama 4,491 saat sebelum mendarat dengan tepat di kawasan yang ditetapkan di perairan timur Semenanjung Korea.
Ujian tembakan itu dilakukan dengan menetapkan peringkat pertama sebagai mod penerbangan balistik standard dan peringkat kedua dan ketiga sebagai mod penerbangan sudut tinggi.
Ia membuktikan keupayaan, kebolehpercayaan dan kegunaan ketenteraan Hwasongpho-18 dan mengesahkan kebolehpercayaan kuasa strategik nuklear DPRK.
Unit nuklear negara itu tidak lama lagi akan dilengkapi sistem senjata strategik baharu di bawah rancangan jangka panjang untuk membangunkan tenaga nuklear negara itu.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata berdasarkan situasi semasa di Semenanjung Korea, Korea Utara perlu meningkatkan penghalang perang nuklearnya dan negara itu akan terus mempercepat pembangunan sistem senjata yang lebih maju, berkesan dan boleh dipercayai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peluru berpandu
#kegunaan ketenteraan
#DPRK
#mod penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan