awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kren jatuh: Syarikat insurans perlu bayar pampasan RM37.76 juta

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2015
03:39 MYT
Kren jatuh: Syarikat insurans perlu bayar pampasan RM37.76 juta
Portal Arab News melaporkan, jumlah tersebut adalah berdasarkan kadar perlindungan 300,000 riyal Saudi atau RM342,376 setiap seorang.
Syarikat-syarikat insurans mungkin perlu membayar pampasan kira-kira 33 juta riyal atau RM37.66 juta kepada keluarga 111 orang yang terbunuh dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram di Mekah, Jumaat lalu.
Portal Arab News melaporkan, jumlah tersebut adalah berdasarkan kadar perlindungan 300,000 riyal Saudi atau RM342,376 setiap seorang.
Menurut portal itu, jumlah perlindungan insurans itu merupakan syarat wajib yang ditetapkan kepada semua kontraktor yang bekerja di bawah projek kerajaan di Arab Saudi.
Peraturan Arab Saudi menetapkan, kontraktor perlu membeli polisi insurans yang meliputi semua aspek projek, termasuk peralatan, nyawa manusia dan melibatkan kesalahan manusia serta bencana alam.
Portal itu yang memetik beberapa pakar sebagai berkata, tragedi berkenaan kelihatan berlaku akibat bencana alam ketika kren berkenaan dilihat tumbang berikutan angin kencang.
Seorang pakar insurans, Adham Jad dipetik sebagai berkata, sebarang kerugian, kehilangan nyawa atau kecederaan akibat kren tumbang itu tertakluk di bawah polisi insurans wajib berkenaan.
Topic Berkaitan
#kren tumbang
#Masjidil Haram
#Mekah
#pampasan
#syarikat insurans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan