BRUSSELS: Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg memaklumkan perikatan tersebut tidak berhasrat untuk menghantar pasukan tentera mereka ke Ukraine selepas kempen pencerobohan Rusia bermula pada Khamis.
"Setakat ini, tiada pasukan tempur NATO di Kiev," ujarnya selepas mesyuarat tergempar bersama wakil perikatan tersebut.
Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar dan perkembangan terkini
Menurutnya, NATO hanya akan memulakan 'pelan pertahanan' untuk memperkukuhkan keselamatan di Eropah Timur walaupun tindakan itu dijangka mengeruhkan lagi krisis tersebut.
"Apa yang kami mahu jelaskan adalah, kami telah meningkatkan jumlah kehadiran tentera NATO di sayap timur wilayah perikatan kami," jelasnya.
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran tentang 'pelan pertahanan' tersebut yang dikatakan akan memberi kuasa lebih meluas kepada komander tentera di bawah garis panduan yang ditentukan secara politik.
Tambahnya lagi, penempatan itu akan melibatkan 40,000 anggota pasukan tindak balas pantas termasuk 7,000 anggota kebanyakannya adalah tentera Perancis yang dalam keadaan siap siaga.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 25 2022
Stoltenberg (gambar) memaklumkan perikatan tersebut tidak berhasrat untuk menghantar pasukan tentera mereka ke Ukraine selepas kempen pencerobohan Rusia bermula pada Khamis. -Gambar fail/AP
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Ukraine boleh bergantung kepada NATO untuk jangka panjang - Ketua NATO
Ketua NATO itu berkata, pihaknya bersetuju bahawa sokongan China dalam konflik ini akan memberi kesan kepada kepentingan dan reputasinya.
Mark Rutte bakal ganti Stoltenberg sebagai ketua NATO
Media rasmi Belanda NOS melaporkan ini selepas beliau mendapat sokongan Hungary dan Slovakia.
Majlis NATO-Ukraine dijadual bertemu Rabu bincang perjanjian bijirin Laut Hitam
NATO dengan tegas mengutuk percubaan Moscow untuk menjadikan makanan sebagai senjata.
NATO lanjut kontrak Stoltenberg setahun lagi
NATO memilih untuk kekal dengan pemimpin yang berpengalaman, ketika pakatan itu berdepan ancaman perang di negara-negara anggotanya.
Konflik Rusia-Ukraine: Serangan NATO ke atas Rusia semakin baik
Blok tentera barat yang menggerakkan aset di Ukraine dilihat mempunyai peluang untuk mengembalikan keadaan seperti sedia kala.
Penggal Setiausaha Agung NATO tamat Oktober ini
NATO memaklumkan, soal pengganti Stoltenberg belum dibangkitkan dalam kalangan negara anggota.
Setiausaha Agung NATO bakal adakan lawatan ke Korea Selatan dan Jepun
Setiausaha agung itu akan bertemu Menteri Luar Park Jin, Menteri Pertahanan Lee Jong Sup dan pegawai kanan yang lain.
Rusia sedia melangsungkan perang panjang di Ukraine
Negara anggota NATO perlu terus menyokong Kiev dengan menghantar bantuan senjata.
NATO alu-alukan penyertaan Finland, Sweden
Ketua NATO Jens Stoltenberg pada Khamis berkata organisasi ketenteraan itu mengalu-alukan penyertaan Finland dan Sweden "dengan tangan terbuka".
Krisis Rusia-Ukraine: NATO tiada hasrat hantar pasukan tentera
NATO hanya akan memulakan 'pelan pertahanan' untuk memperkukuhkan keselamatan di Eropah Timur walaupun tindakan itu dijangka mengeruhkan lagi krisis tersebut.