NEW YORK: Presiden Joe Biden pada Sabtu mengarahkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken menambah dana pertahanan bernilai US$200 juta untuk Ukraine.

Arahan itu dikeluarkan di bawah "Akta Bantuan Asing," menurut kenyataan Rumah Putih lapor Agensi Anadolu.

Bantuan itu termasuk peralatan dan latihan ketenteraan bernilai US$200 juta.

Sejak konflik Rusia-Ukraine meletus pada 24 Feb, lebih 2.5 juta orang telah melarikan diri ke negara lain dengan kira-kira dua juta lagi hilang tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 564 orang awam terbunuh dan 982 cedera di Ukraine, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

-- BERNAMA