awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis tebusan di Algeria berakhir

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2013
01:16 MYT
Krisis tebusan di Algeria berakhir
Insiden tawanan di Algeria berakhir apabila pasukan khas tentera menggempur kompleks pemprosesan gas di Ain Amenas, yang dikuasai kumpulan militan.
Tindakan nekad itu menyaksikan sekurang-kurangnya 23 tahanan maut, manakala semua 32 anggota penyerang terbunuh.
Tujuh mangsa warga asing yang masih dalam tahanan kumpulan penyerang itu juga dilaporkan terbunuh.
Pihak berkuasa Algeria bagaimanapun sehingga kini masih belum memberi butiran lanjut mengenai perkembangan terbaru itu.
Malah masih tidak jelas sama ada operasi berkenaan berjaya menyelamatkan mana-mana tahanan.
Kerajaan Algeria pula menegaskan jumlah sebenar mangsa yang terbunuh itu masih belum dipastikan.
Ini kerana masih terdapat beberapa warga asing yang tidak diketahui statusnya lagi.
Insiden tawanan di Ain Amenas itu menarik perhatian dunia kerana ia melibatkan ratusan pekerja tempatan dan asing dari serata dunia.
Ia dilakukan sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata yang dipercayai ada kaitan dengan Al-Qaeda.
Antara yang jadi mangsa tahanan ialah lima rakyat Malaysia.
Setakat ini tiga daripadanya disahkan selamat manakala status dua lagi pekerja Malaysia masih belum diketahui.
Dalam pada itu, cara kerajaan Algeria menangani krisis tawanan itu mendapat kecaman banyak pihak.
Ini kerana ia lebih kepada penggunaan cara kekerasan berbanding rundingan.
Topic Berkaitan
#Algeria
#Malaysia
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan