awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi serpihan EgyptAir ditemui di beberapa lokasi: Penyiasat

AFP
AFP
16/06/2016
05:47 MYT
Lagi serpihan EgyptAir ditemui di beberapa lokasi: Penyiasat
Gambar fail menunjukkan serpihan yang ditemui bulan lalu. - Foto AFP
Beberapa serpihan bahagian kabin pesawat EgyptAir MS804 yang terhempas di Laut Mediteranean sebulan lalu telah ditemui, lapor penyiasat Mesir pada Rabu.
Kapal Perancis yang turut serta dalam kerja pencarian menemui bahagian fiuslaj di beberapa lokasi, kata kenyataan yang dikeluarkan badan penyiasat.
Kapal 'John Lethbridge' yang menemui serpihan itu akhirnya tiba di Mesir minggu lalu.
Isyarat dari kotak hitam pesawat itu dijangka hanya akan berfungsi sehingga hujung bulan ini.
Kawasan di mana pesawat itu terhempas dianggarkan punya kedalaman sekitar 3,000 meter atau 10,000 kaki. Perakam data dan suara kokpit mempunyai mempunyai bateri yang cukup untuk bertahan selama lima minggu.
Penyiasat berkata buat masa ini masih terlalu awal untuk menentukan punca tragedi itu namun tidak menolak kemungkinan serangan pengganas.
Penyiasat dapat mengecilkan lokasi pencarian selepas pemancar lokasi pesawat menghantar isyarat kecemasan sewaktu ia terhempas ke dalam laut.
Beberapa serpihan telah ditemui di Laut Mediteranean bulan lalu, bersama barang-barang milik penumpang, namun tiada mayat ditemui setakat ini.
Pesawat Airbus A320 itu terhempas ketika dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah pada 19 Mei, mengorbankan kesemua 66 orang penumpang.
Topic Berkaitan
#Airbus A320
#EgyptAir 804
#Kaherah
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan