awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laos bertindak lindungi kanak-kanak daripada campak, rubela menerusi pemvaksinan

Bernama
Bernama
17/06/2024
20:30 MYT
Laos bertindak lindungi kanak-kanak daripada campak, rubela menerusi pemvaksinan
Pihak berkuasa melancarkan kempen kesedaran secara besar-besaran untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pusat pemvaksinan. - Gambar hiasan
VIENTIANE: Kempen pemvaksinan campak dan rubela di seluruh Laos mencapai hasil yang baik dengan 90 peratus daripada kanak-kanak yang disasarkan berjaya divaksin.
Kerajaan Laos menyasarkan untuk memvaksin sekurang-kurangnya 95 peratus daripada keseluruhan kanak-kanak berumur dari sembilan bulan sehingga lima tahun bagi mengelakkan meletusnya wabak campak dan rubela di masa hadapan, menurut sebuah laporan dikeluarkan pada Isnin oleh Kementerian Kesihatan Laos.
Kanak-kanak di seluruh wilayah mempunyai akses kepada vaksin untuk meningkatkan lagi keimunan terhadap campak dan rubela di bawah dasar kerajaan. Vaksin ini boleh diperoleh secara percuma di kesemua pusat kesihatan awam.
Pihak berkuasa melancarkan kempen kesedaran di peringkat nasional dan wilayah menerusi televisyen, radio dan liputan akhbar untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pusat pemvaksinan.
Kementerian Kesihatan Laos melancarkan kempen pemvaksinan campak dan rubela di seluruh negara pada 20 Mei lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laos
#vaksin
#campak
#rubela
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan