AMSTERDAM: Sebuah bas pelancongan yang membawa kumpulan pelajar sekolah menengah dari Jerman dilapor terlibat kemalangan di wilayah Gelderland, timur Belanda, awal pagi Isnin.
Jurucakap Polis Gelderland berkata insiden menyebabkan sekurang-kurangnya lapan individu cedera dengan beberapa mangsa yang parah dibawa ke hospital, manakala yang lain hanya cedera ringan.
Menurut pihak berkuasa, bas yang membawa lebih 50 penumpang itu terlibat dalam kemalangan berhampiran bandar Wezep, kira-kira 100 kilometer ke timur Amsterdam, sekitar jam 4 pagi waktu tempatan.
Maklumat awal menunjukkan kemalangan itu melibatkan sebuah van penghantaran, dengan pemandu van berkenaan turut mengalami kecederaan.
Pihak berkuasa Belanda sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.