awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RKB KPDN: Kuasa aduan di hujung jari, kelulusan lesen lebih pantas
Replika kotak hadiah gergasi warnai sambutan Krismas di Gua Musang
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan maut, 11 cedera dalam kemalangan di plaza tol Jawa Barat

Bernama
Bernama
05/02/2025
03:40 MYT
Lapan maut, 11 cedera dalam kemalangan di plaza tol Jawa Barat
Lapan maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan pelbagai kenderaan di Plaza Tol Ciawi di Jawa Barat pada Selasa. - Foto Sinar Harian
JAKARTA: Sekurang-kurangnya lapan maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan pelbagai kenderaan di Plaza Tol Ciawi di Jawa Barat pada Selasa, menurut polis tempatan.
Kemalangan berlaku sekitar 11.30 malam waktu tempatan apabila sebuah lori membawa muatan air mineral merempuh beberapa kenderaan yang sedang beratur untuk membayar tol di laluan menuju Jakarta.
Ketua Polis Trafik Kota Bogor, Pesuruhjaya Yudiono berkata siasatan awal mendapati nahas dipercayai berpunca akibat kegagalan brek.
"Lori itu merempuh enam kenderaan di hadapan yang sedang beratur untuk membayar tol, mengakibatkan tiga daripadanya terbakar," katanya dalam kenyataan.
Semua mangsa dibawa ke hospital di Ciawi dan siasatan berhubung insiden masih diteruskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lori rempuh kereta
#plaza tol
#jawa barat
#Plaza Tol Ciawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan