Skip to main content

Dunia

Lapan maut dalam insiden tembakan di Mississippi, suspek ditahan

51489158560_GunShot.jpg
51489158560_GunShot.jpg

Advertisement

Pihak berkuasa Mississippi menahan seorang suspek selepas lapan orang terbunuh dalam kejadian tembakan, dengan salah seorang mangsa merupakan timbalan syerif.

Jurucakap Biro Penyiasatan Mississippi Warren Strain bekata kejadian itu berlaku di tiga buah kediaman berasingan pada Sabtu malam di Lincoln County yang terletak di luar bandar.

Dua daripada kediaman itu adalah di Brookhaven dan satu lagi di Bogue Chitto. Kawasan tersebut terlatak kira-kira 68 batu di selatan Jackson, ibu negeri Mississippi.

Strain berkata pasukan penyiasat sedang mengumpulkan bahan bukti di ketiga-tiga lokasi, sementara pendakwaan belum difailkan terhadap suspek.

Belum ada sebarang motif kejadian didedahkan pihak berkuasa, dan masih belum jelas sama ada suspek mengenali mangsa-mangsanya sebelum melakukan pembunuhan.

Must Watch Video

Advertisement