awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan tentera Israel maut diserang Hezbollah di Lubnan

Agensi
Agensi
02/10/2024
22:15 MYT
Lapan tentera Israel maut diserang Hezbollah di Lubnan
Kesemua lapan tentera Israel maut dalam dua pertempuran berasingan di selatan Lubnan - salah satunya ialah serangan hendap berhampiran terowong Hezbollah - selepas Yahudi melancarkan pencerobohan darat terhad di sana minggu ini. - Gambar IDF
TEL AVIV: Seramai lapan tentera rejim Zionis terbunuh ketika berhadapan dengan pasukan pejuang Hezbollah di di Lubnan, kata tentera Israel pada Rabu.
Kesemua mereka maut dalam dua pertempuran berasingan di selatan Lubnan - salah satunya ialah serangan hendap berhampiran terowong Hezbollah - selepas Yahudi melancarkan pencerobohan darat terhad di sana minggu ini, menurut Angkatan Pertahanan Israel (IDF).
Kapten Eitan Itzhak Oster iaitu komando berusia 22 tahun dalam Unit Komando Egoz elit merupakan kematian rasmi pertama yang dilaporkan dalam kalangan tentera Israel sejak pencerobohan bermula selepas terlibat dalam pertempuran senjata dengan Hezbollah.
Empat lagi dari unitnya turut terbunuh selain lima lagi cedera parah dalam pertempuran itu, kata IDF. Dalam pertempuran kedua pula, seorang pegawai dan dua anggota lain dilaporkan maut di tangan pasukan Heszbollah.
Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan, sejumlah tentera Israel terbunuh selepas diserang hendap berhampiran terowong Hezbollah berhampiran perkampungan Odaisseh di selatan Lubnan.
Hezbollah pula mendakwa, pasukannya telah mencederakan dan membunuh sekumpulan askar Israel selepas meletupkan bahan letupan.
Ketua media Hezbollah, Mohammad Afif berkata, pertempuran itu hanya "pusingan pertama" dan kumpulan itu mempunyai pejuang, senjata dan peluru yang mencukupi untuk menolak Israel.
Tentera Israel mengesahkan ia mengukuhkan kehadirannya dengan memanggil unit infantri dan perisai biasa untuk menyertai operasi daratnya di Lubnan - sehari selepas Iran menyerang Israel dengan peluru berpandu balistik bertubi-tubi. - Agensi
Topic Berkaitan
#peluru berpandu balistik
#Iran serang Israel
#lapan tentera Israel maut
#Hezbollah
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan