awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan ke Malaysia buka jalan pelaksanaan projek bersama, keterjaminan makanan - Paetongtarn

Bernama
Bernama
17/12/2024
00:50 MYT
Lawatan ke Malaysia buka jalan pelaksanaan projek bersama, keterjaminan makanan - Paetongtarn
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra dan suami Pitaka Suksawat tiba di Kompleks Bunga Raya untuk berangkat pulang selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, pada Isnin. - Gambar Bernama
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra berkata, pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukuhkan hubungan dua hala dan membuka jalan untuk mempercepat pelaksanaan projek bersama.
Paetongtarn menekankan, kemajuan yang dicapai dalam bidang utama, termasuk pengurangan banjir, pengurusan sempadan, dan kerjasama perdagangan, sepanjang perbincangan antara Thailand dan Malaysia.
“Walaupun lawatan itu singkat, kemajuan ketara berjaya dicapai dalam kerjasama dua hala,” katanya dalam wawancara yang disiarkan pada Isnin, merujuk kepada hasil lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Beliau menyatakan bahawa perbincangan itu berjaya membina asas daripada inisiatif tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Srettha Thavisin.
“Isu utama yang dibincangkan termasuk cabaran sempadan, kerjasama ekonomi, projek pengurusan banjir seperti mendalamkan Sungai Golok, penambahbaikan logistik, serta situasi di wilayah sempadan selatan Thailand. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa isu ini perlu diselesaikan tanpa keganasan,” katanya.
Perdana Menteri turut memaklumkan, kedua-dua negara membincangkan kerjasama dalam keterjaminan makanan, dengan Thailand menekankan komitmennya untuk mempromosikan eksport makanan halal yang diperakui.
Beliau berkata, pensijilan itu dijangka memperluaskan pasaran Thailand ke negara jiran dan lebih jauh lagi.
Paetongtarn juga menegaskan kepentingan kerjasama dalam pendidikan, dengan Malaysia dikenal pasti sebagai destinasi utama bagi pelajar Thailand menerusi satu program biasiswa yang dicadangkan.
Berhubung banjir, Perdana Menteri mengumumkan rancangan untuk menubuhkan jawatankuasa bersama yang akan merangka strategi menangani risiko banjir di kedua-dua negara.
Beliau turut menyatakan kesediaan kedua-dua pihak untuk meningkatkan peluang pelaburan bersama, dengan memberi tumpuan kepada projek yang memberi manfaat bersama berdasarkan pendekatan menang-menang.
Semasa lawatan itu, perjanjian berkaitan pertanian dan kerjasama kebudayaan turut dimeterai, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan dua hala.
Paetongtarn mengakhiri kenyataan dengan menjemput Perdana Menteri Malaysia untuk melakukan lawatan rasmi ke Thailand.
Beliau menegaskan, lawatan sedemikian akan mempercepatkan kemajuan inisiatif bersama, dengan hasil yang dijangka dapat dilihat seawal tahun depan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM thailand
#Paetongtarn Shinawatra
#Hubungan dua hala
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan