awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
Lebih 300 dikompaun, pesalah buang sampah diwajib buat khidmat masyarakat - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 kenderaan terlibat nahas berantai, Lebuhraya I-96 ditutup di Michigan

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2026
02:50 MYT
Lebih 100 kenderaan terlibat nahas berantai, Lebuhraya I-96 ditutup di Michigan
Imej yang diambil daripada video yang disediakan oleh WZZM ini menunjukkan sebahagian daripada kemalangan berantai melibatkan banyak kenderaan yang teruk. - Foto AP
MICHIGAN: Lebih 100 kenderaan terlibat dalam satu kemalangan berantai besar yang memaksa penutupan lebuh raya antara negeri I-96 di Ottawa County, Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, menurut pihak berkuasa.
Polis negeri memaklumkan insiden tersebut mengakibatkan beberapa kecederaan, namun tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Semua mangsa yang cedera telah menerima rawatan, dengan sebahagian daripadanya dibawa ke hospital berhampiran.
Kemalangan dipercayai berlaku akibat keadaan cuaca buruk, apabila salji tebal mengurangkan jarak penglihatan di lebuh raya berkenaan.
Seorang lelaki yang terlibat dalam nahas itu berkata beliau hampir tidak dapat melihat kenderaan di hadapannya ketika memandu pada kelajuan sekitar 32 hingga 40 kilometer sejam sebelum perlanggaran berlaku.
“Saya hanya nampak samar-samar kereta di depan kerana salji,” katanya kepada media tempatan, sambil menambah bahawa keadaan jalan raya sangat licin ketika itu.
Pihak berkuasa menutup sementara I-96 bagi membolehkan kerja-kerja menyelamat, pengalihan kenderaan dan pembersihan jalan dijalankan.
Pemandu turut dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan tersebut dan menggunakan laluan alternatif.
Insiden ini berlaku ketika beberapa kawasan di Michigan dilanda ribut musim sejuk, dengan pihak berkuasa sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya memandu dengan lebih berhati-hati dan mematuhi amaran cuaca demi keselamatan.
Topic Berkaitan
#Nahas
#cuaca buruk
#salji tebal
#jalan raya licin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan