awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 100 maut akibat penyakit berkaitan cuaca sejuk di Rangpur dalam 3 hari

Bernama
Bernama
04/01/2026
05:30 MYT
Lebih 100 maut akibat penyakit berkaitan cuaca sejuk di Rangpur dalam 3 hari
Pejabat Meteorologi Rangpur melaporkan suhu yang amat rendah di bahagian itu pada pagi Sabtu. - Gambar/ Agensi
DHAKA: Cuaca sejuk melampau mencetuskan peningkatan mendadak pesakit yang menghidap penyakit berkaitan sejuk di seluruh bahagian Rangpur, dengan 1,421 pesakit baharu dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Rangpur dalam tempoh tiga hari lalu dan 103 kematian direkodkan dari 1 hingga 3 Jan, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Ringkasan AI
  • Pesakit penyakit berkaitan sejuk meningkat mendadak di Rangpur, dengan 1,421 pesakit baharu dan 103 kematian direkodkan dari 1 hingga 3 Januari, menurut laporan United News of Bangladesh.
  • Suhu amat rendah direkodkan di bahagian Rangpur, dengan beberapa kawasan mencatatkan suhu serendah 10.5 darjah Celsius, disebabkan kedudukan berhampiran dengan Banjaran Himalaya.
  • Langkah-langkah keselamatan diambil termasuk pemberian selimut, suplemen vitamin, dan pakaian panas kepada komuniti berpendapatan rendah serta bagi melindungi ternakan daripada kesan cuaca sejuk yang mencengkam.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengarah hospital itu, Brigedier Jeneral Ashiqur Rahman, mengesahkan angka berkenaan pada Sabtu, sambil memaklumkan peningkatan ketara pesakit di wad perubatan dan pediatrik, dengan 37 kematian dicatatkan di wad berkenaan.
Pejabat Meteorologi Rangpur melaporkan suhu yang amat rendah di bahagian itu pada pagi Sabtu, dengan Saidpur di Nilphamari mencatatkan 10.5 darjah Celsius, Panchagarh 10.6 darjah Celsius, Thakurgaon 10.7 darjah Celsius, Rangpur 11.2 darjah Celsius, Kurigram 11.5 darjah Celsius, Gaibandha 11.8 darjah Celsius, dan Lalmonirhat 12 darjah Celsius.
Kabus tebal dijangka berterusan dalam tempoh lima hari akan datang.
Pegawai Bertugas Pejabat Meteorologi Rangpur, Mostafizar Rahman, berkata disebabkan kedudukan bahagian Rangpur yang berhampiran dengan Banjaran Himalaya, kesejukan dirasai lebih ketara berbanding kawasan lain di negara itu.
Dalam tempoh tiga hari lalu, wilayah itu mengalami cuaca sejuk melampau akibat angin dingin dan kabus tebal. Kabus sederhana hingga tebal dijangka melanda kawasan utara dari lewat malam hingga waktu pagi.
Suhu pada waktu malam dijangka menurun sedikit manakala suhu siang hari kekal hampir tidak berubah. Perbezaan kecil antara suhu siang dan malam menjadikan cuaca sejuk dirasai lebih mencengkam, tambahnya.
Pihak berkuasa berkata cuaca sejuk itu menjejaskan kehidupan harian secara serius, khususnya dalam kalangan komuniti berpendapatan rendah di sepanjang sungai Teesta, Dharla dan Jamuna. Langkah-langkah turut diambil bagi melindungi ternakan, ayam itik dan haiwan zoo, termasuk pemberian suplemen vitamin serta menutup reban dan kandang.
Pegawai Bantuan dan Pemulihan daerah, Golam Kibria, berkata sebanyak 12,500 selimut telah diagihkan setakat ini dan Tk 48 lakh, kira-kira US$43,000, diperuntukkan bagi penyediaan pakaian panas di lapan upazila (daerah kecil pentadbiran) bagi mengurangkan penderitaan akibat cuaca sejuk.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah pesakit baharu yang dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Rangpur dalam tempoh tiga hari terkini? A: Seramai 1,421 pesakit baharu dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Rangpur dalam tempoh tiga hari terkini.
  • Q: Berapakah bilangan kematian yang direkodkan dari 1 hingga 3 Januari di Rangpur? A: Sejumlah 103 kematian direkodkan dari 1 hingga 3 Januari di Rangpur.
  • Q: Mengapakah cuaca sejuk melampau di Rangpur mendatangkan kesan negatif kepada komuniti berpendapatan rendah? A: Cuaca sejuk melampau di Rangpur mendatangkan kesan negatif kepada komuniti berpendapatan rendah kerana cuaca sejuk itu menjejaskan kehidupan harian mereka secara serius.

Topic Berkaitan
#Bangladesh
#musim sejuk
#kematian akibat kesejukan
#Rangpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan