awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 25 penumpang dikejar ke hospital selepas penerbangan Delta alami gelora udara

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2025
01:00 MYT
Lebih 25 penumpang dikejar ke hospital selepas penerbangan Delta alami gelora udara
Delta menegaskan bahawa keselamatan adalah nilai utama syarikat, dan pasukan sokongan pelanggan mereka kini sedang membantu penumpang yang terjejas. - Gambar hiasan
MINNEAPOLIS: Sebuah penerbangan antarabangsa Delta Airlines dari Salt Lake City ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Minneapolis–Saint Paul selepas mengalami gelora udara teruk yang mencederakan puluhan penumpang.

Ringkasan AI
  • Penerbangan Delta dari Salt Lake City ke Amsterdam terpaksa mendarat cemas di Minneapolis selepas mengalami gelora udara teruk pada Rabu malam.
  • Seramai 25 penumpang dihantar ke hospital selepas tercampak dalam kabin akibat tidak memakai tali pinggang keselamatan; troli makanan turut terpelanting.
  • Pakar menyatakan gelora udara semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim yang mengganggu aliran jet di atmosfera tinggi, menimbulkan kebimbangan keselamatan penerbangan.

Menurut kenyataan rasmi Delta, 25 penumpang telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan selepas pesawat Airbus A330-900 itu mendarat dengan selamat sekitar jam 7.45 malam Rabu.
Saksi kejadian, Leann Clement-Nash, berkata ramai penumpang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan telah terhumban ke siling dan jatuh ke lantai, termasuk troli makanan yang turut terpelanting.
“Ia berlaku beberapa kali dan sangat menakutkan,” katanya kepada ABC News.
Seorang lagi penumpang, William Webster, menyifatkan insiden itu sebagai “gelora udara paling dahsyat” yang pernah dialaminya sepanjang 80 penerbangan setahun.
Pasukan bomba dan paramedik lapangan terbang telah menyambut pesawat di pintu ketibaan dan memberikan rawatan awal kepada penumpang yang cedera.
“Kami berterima kasih atas sokongan semua pasukan kecemasan,” kata jurucakap Delta.
Pakar penerbangan menyatakan bahawa gelora udara teruk semakin kerap berlaku berikutan perubahan iklim yang mengganggu aliran jet di atmosfera tinggi.
Delta menegaskan bahawa keselamatan adalah nilai utama syarikat, dan pasukan sokongan pelanggan mereka kini sedang membantu penumpang yang terjejas.
“Pasukan Delta Care sedang bekerja secara langsung dengan pelanggan untuk menyokong keperluan segera mereka,” tambah kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#gelora udara
#Delta Airlines
#cedera
#tali pinggang keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan