awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 30 terbunuh dalam insiden keganasan geng dadah di Mexico

Agensi
Agensi
24/04/2017
06:57 MYT
Lebih 30 terbunuh dalam insiden keganasan geng dadah di Mexico
Pertelingkahan dan pertempuran antara kumpulan penjenayah meningkat di kawasan berkenaan berikutan penahanan Ketua Kartel, Joaquin "El Chapo" Guzman.
Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh di Mexico pada hujung minggu lalu susulan peningkatan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan penjenayah dadah.
Pegawai berkuasa tempatan melaporkan, 12 orang terbunuh dalam beberapa insiden yang berlaku di daerah Sinaloa, awal pagi tadi.
Pertelingkahan dan pertempuran antara kumpulan penjenayah meningkat di kawasan berkenaan berikutan penahanan Ketua Kartel, Joaquin "El Chapo" Guzman - yang diserahkan kembali ke Amerika Syarikat, Januari lalu.
Tambah pendakwa raya, sembilan lagi terbunuh dalam satu insiden berbalas tembakan antara kumpulan penjenayah di kawasan pergunungan Michoacan, semalam.
Portal antarabangsa melaporkan, insiden tembakan itu berlaku di sebuah kampung terpencil di daerah Churumuco yang bersempadan dengan negeri Guerrero - lokasi lapan mayat ditemui.
Pada bulan Januari 2014, kerajaan persekutuan mengambil alih kawalan di Michoacan untuk lebih satu tahun dalam usaha membendung keganasan antara kumpulan dadah dan militia yang telah bangkit untuk melawan pemerasan dan penculikan.
Rantau itu, terutama negeri Guerrero, adalah kawasan keganasan yang paling teruk di Mexico kerana wujud persaingan untuk ladang candu yang digunakan untuk membuat heroin.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Dadah
#kerajaan
#Mexico
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan