Skip to main content

Dunia

Lebih 370 papan tanda dan skrin permudah pergerakan jemaah di Masjid Nabawi

Pihak Berkuasa Am Arab Saudi bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melaksanakan sistem papan tanda navigasi bersepadu di seluruh kawasan Masjid Nabawi bagi memudahkan pergerakan serta kelancaran aliran jemaah melalui rangkaian papan tanda arah dan skrin digital. - BERNAMA

Advertisement

Advertisement

MADINAH: Pihak Berkuasa Am Arab Saudi bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melaksanakan sistem papan tanda navigasi bersepadu di seluruh kawasan Masjid Nabawi bagi memudahkan pergerakan serta kelancaran aliran jemaah melalui rangkaian papan tanda arah dan skrin digital.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan bahawa rangkaian itu merangkumi lebih 270 papan tanda dan lebih 100 skrin elektronik yang menyediakan panduan arah, arahan kesedaran serta maklumat terkini mengenai kemasukan melalui pintu masjid.

Sistem itu turut menggunakan kaedah pengekodan warna yang seragam bagi membezakan kawasan dan destinasi dengan lebih jelas.

Advertisement

Skrin elektronik berkenaan memaparkan maklumat masa nyata mengenai kapasiti pintu masuk dan laluan akses, sekali gus membolehkan jemaah serta pengunjung memilih laluan yang kurang sesak, melancarkan pergerakan pejalan kaki dan meningkatkan pengalaman keseluruhan pengunjung.

-- BERNAMA-SPA

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement