awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebuh raya tergantung di Itali runtuh, lebih 10 dikhuatiri maut

Agensi
Agensi
14/08/2018
13:42 MYT
Lebuh raya tergantung di Itali runtuh, lebih 10 dikhuatiri maut
Sebuah lebuh raya gantung runtuh di bandar pelabuhan utara Itali di Genoa dan telah menyebabkan 10 maut dan angka korban dijangka meningkat. -Reuters
Sebuah lebuh raya gantung runtuh di bandar pelabuhan utara Itali di Genoa dan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut.
Menurut pegawai jabatan bomba, angka korban dikhuatiri meningkat dan masih ada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.
Memetik laporan antarabangsa, insiden tersebut berlaku sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan selepas hujan lebat melanda.
Menteri Pengangkutan Itali, Danilo Toninelli dalam posting di Twitter peribadinya menyifatkan kejadian malang itu sebagai satu tragedi besar yang pernah terjadi di bandar itu.
Sto seguendo con la massima apprensione ciò che è accaduto a #Genova e che si profila come immane tragedia. Siamo in stretto contatto con Autostrade e stiamo andando sul luogo con il viceministro Rixi. La mia totale vicinanza in queste ore alla città
— Danilo Toninelli (@DaniloToninelli) August 14, 2018
Menurut saksi kejadian, dia menyaksikan sendiri kejadian lapan hingga sembilan buah kenderaan terjatuh dari lebuh raya gantung itu dan menyifatkan ia sebagai "apocalyptic scene".
Sementara itu, sebahagian daripada lebuh raya gantung tersebut runtuh dari ketinggian 50 meter ke dalam sungai.
Memetik laporan antarabangsa, insiden tersebut berlaku sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan selepas hujan lebat melanda. Foto: Reuters
Memetik laporan antarabangsa, insiden tersebut berlaku sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan selepas hujan lebat melanda. Foto: Reuters
Lebuh raya gantung berukuran 1.2 kilometer tersebut merupakan lebuh raya utama yang menghubungkan bandar Itali dan daerah selatan Perancis.
Topic Berkaitan
#genoa
#Itali
#lebuh raya gantung
#runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan