awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dipijak gajah di Bengal Barat, India

Bernama
Bernama
07/03/2025
15:15 MYT
Lelaki maut dipijak gajah di Bengal Barat, India
Pegawai itu dibunuh oleh seekor gajah peliharaan jabatan hutan semasa ujian keselamatan untuk mengelakkan kematian gajah di landasan kereta api. - Gambar hiasan/Bernama
NEW DELHI: Seorang pegawai teknikal sebuah firma peranti keselamatan swasta terbunuh selepas dipijak seekor gajah di negeri Bengal Barat, timur India, menurut polis, seperti dilaporkan Xinhua pada Jumaat.
Pegawai itu dibunuh oleh seekor gajah peliharaan jabatan hutan semasa ujian keselamatan untuk mengelakkan kematian gajah di landasan kereta api.
Menurut polis, ketika kereta api menghampiri tempat kejadian, seekor daripada gajah itu bertindak agresif, mencengkam pegawai itu dengan belalainya dan melemparkannya ke tanah sebelum memijaknya.
Polis berkata mangsa, seorang kolonel tentera yang bersara, mengambil bahagian dalam percubaan untuk mendapatkan kontrak memasang sistem pengesan pencerobohan bagi mengesan pergerakan haiwan berhampiran landasan kereta api.
Bulan lepas, lima orang terbunuh dan beberapa lagi cedera apabila sekumpulan gajah liar menyerang mereka di dalam kawasan hutan di negeri Andhra Pradesh, selatan India.
Setiap tahun, ramai yang terbunuh atau cedera dalam konflik manusia-haiwan yang semakin meningkat di seluruh India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#landasan kereta api
#konflik manusia-haiwan
#gajah liar
#ujian keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan