awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Sri Lanka mengaku salah cubaan ambil alih kawalan pesawat MH128

Agensi
Agensi
09/12/2017
15:05 MYT
Lelaki warga Sri Lanka mengaku salah cubaan ambil alih kawalan pesawat MH128
Manodh Marks (gambar) mengaku mengancam kru bertugas untuk meletupkan pesawat jika permintaannya untuk masuk ke dalam kokpit tidak dipenuhi. -Gambar fail
Seorang lelaki warga Sri Lanka yang didakwa cuba menceroboh masuk kokpit dan mengambil alih kawalan sebuah pesawat penerbangan Malaysia Airlines pada 31 Mei lalu mengaku bersalah atas tuduhan itu di Mahkamah Majistret Melbourne pada Jumaat.
Menurut laporan The Age, Manodh Marks, 25 tahun, mengaku mengancam kru bertugas untuk meletupkan pesawat jika permintaannya untuk masuk ke dalam kokpit tidak dipenuhi.
BACA: Pesawat MH128 patah balik ke Melbourne selepas penumpang cuba masuk kokpit
Marks juga didakwa menyerang seorang pramugari sebelum mengarahkan pesawat MH128 yang dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur itu berpatah balik sejurus berlepas.
Namun, tindakan berani penumpang dan kru pesawat berjaya merebahkan Marks dan keadaan terkawal sehinggalah pesawat yang membawa 337 penumpang dan kru itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Tullamarine.
BACA: Penumpang MH128 puji kru kabin kendalikan detik cemas
The Age dalam pada itu melaporkan Marks bersetuju dengan tawaran pihak pendakwa untuk mengaku salah terhadap satu pertuduhan mengambil alih kawalan pesawat.
Dia berdepan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.
BACA: Cubaan ugut letupkan pesawat: Suspek kes MH128 bimbang keselamatannya dalam tahanan
Marks dilapor baru saja keluar dari hospital psikiatri sebelum menaiki pesawat itu pada hari kejadian.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Malaysia Airlines
#Manodh Marks
#Melbourne
#penerbangan Malaysia
#Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan