awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan besar di Gaza selepas 30 minit gencatan senjata sepatutnya dilaksana

Agensi
Agensi
19/01/2025
07:45 MYT
Letupan besar di Gaza selepas 30 minit gencatan senjata sepatutnya dilaksana
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.- Foto Reuters
GAZA: Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.
Letupan itu berlaku pada pukul 7 pagi waktu tempatan kira-kira 30 minit selepas gencatan senjata di Gaza sepatutnya bermula.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata gencatan senjata tidak akan bermula sehingga anggota Hamas, menyediakan senarai tebusan yang akan dibebaskan.
Pengumuman Netanyahu itu dibuat satu jam sebelum tarikh akhir gencatan senjata.
Tebusan dijangka dibebaskan dalam beberapa jam selepas permulaan gencatan senjata, membuka jalan kepada kemungkinan berakhirnya perang 15 bulan di wilayah Palestin.
Minggu lalu, Israel dan Hamas telah berjaya mencapai kesepakatan melalui perjanjian yang boleh menghentikan perang di Gaza sekali gus menyaksikan pembebasan tebusan dari kedua-dua belah pihak.
Ia akan menjadi kejayaan paling dramatik dalam 15 bulan perang, yang telah mengakibatkan lebih 46,000 nyawa penduduk Palestin terkorban. -- Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#gencatan senjata
#Benjamin Netanyahu
#letupan
#terkini
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan