awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima maut dalam kemalangan di lebuh raya Korea Selatan akibat 'ais hitam'

Bernama
Bernama
10/01/2026
07:45 MYT
Lima maut dalam kemalangan di lebuh raya Korea Selatan akibat 'ais hitam'
Berikutan kejadian itu, aliran trafik di beberapa bahagian lebuh raya berkenaan telah ditutup sementara. - Gambar hiasan
SANGJU (Korea Selatan): Lima maut pada Sabtu dalam beberapa kemalangan di lebuh raya di wilayah tenggara Gyeongsang Utara yang dipercayai berpunca daripada ais hitam, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ringkasan AI
  • Lima maut dalam beberapa kemalangan di lebuh raya wilayah tenggara Gyeongsang Utara berpunca ais hitam.
  • Salah satu kemalangan berlaku berhampiran persimpangan Sangju di Lebuhraya Seosan-Yeongdeok, menyebabkan pemandu lori maut.
  • Polis menyiasat kaitan kemalangan sedan yang meragut nyawa empat orang dengan insiden lain melibatkan treler dan SUV yang terbakar.

Satu daripada kemalangan berlaku pada 6.20 pagi berhampiran persimpangan di bahagian Sangju di Lebuhraya Seosan-Yeongdeok, apabila sebuah lori terbabas selepas melanggar penghadang jalan ketika cuba mengelak sebuah kenderaan yang berhenti. Pemandu lori itu maut ddalam insiden itu.
Kemalangan lain yang dilaporkan di kawasan sama termasuk sebuah kereta sedan yang meragut nyawa kesemua empat orang di dalamnya. Polis sedang menyiasat sama ada kemalangan itu mempunyai kaitan dengan satu lagi insiden melibatkan beberapa kenderaan, termasuk sebuah treler yang dilaporkan di kawasan berkenaan.
Dalam satu lagi kemalangan, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar selepas berlanggar dengan sebuah trak dan merempuh penghadang jalan berhampiran persimpangan berkenaan pada 6.35 pagi.
Setakat 11 pagi, jumlah korban kekal lima orang dengan beberapa lagi mangsa cedera. Polis percaya lebih 20 kenderaan terlibat dalam kemalangan itu.
Berikutan kejadian itu, aliran trafik di beberapa bahagian lebuh raya berkenaan telah ditutup sementara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#cuaca sejuk
#ais hitam
#kemalangan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami