awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima maut ditembak ketika bersolat di masjid Quebec City

Agensi
Agensi
30/01/2017
03:49 MYT
Lima maut ditembak ketika bersolat di masjid Quebec City
Ambulan tiba di tempat kejadian di mana sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam Pusat Kebudayaan Islam Quebec City. - Foto REUTERS/Mathieu Belanger
Lima orang terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di Quebec City, Canada ketika mereka sedang solat.
Perkara itu dimaklumkan ketua jawatankuasa masjid berkenaan, Mohamed Yangui, kepada pemberita.
Terdahulu, seorang saksi memberitahu kepada Reuters bahawa terdapat tiga lelaki bersenjata melepaskan tembakan kepada kira-kira 40 orang di dalam Pusat Kebudayaan Islam Quebec City.
Pihak polis menempatkan anggotanya untuk mengawal kawasan sekitar masjid tersebut. Bagaimanapun mereka enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.
"Mengapa kejadian ini berlaku di sini? Ini tidak bertamadun," kata Mohamed.
Sementara itu, dalam perkembangan terkini, jurucakap polis memaklumkan bahawa dua individu telah pun ditahan.
Polis turut mengesahkan terdapat individu yang terkorban dan cedera, tetapi enggan menyatakan jumlahnya.
Mereka juga enggan menyatakan sama ada terdapat lelaki bersenjata atau tidak di dalam masjid tersebut.
Topic Berkaitan
#lelaki bersenjata
#masjid
#Mohamed Yangui
#Quebec City
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan