awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loji kuasa nuklear Chernobyl masih selamat - IAEA

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2022
22:40 MYT
Loji kuasa nuklear Chernobyl masih selamat - IAEA
Loji kuasa tidak beroperasi itu terletak di zon pengecualian yang turut menempatkan reaktor yang dinyahaktif dan kemudahan sisa radioaktif. -Gambar fail/REUTERS
VIENNA: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Rabu mengesahkan 'tiada impak kritikal terhadap keselamatan' sehari selepas hubungan komunikasi dilaporkan terputus di kemudahan nuklear Chernobyl di Ukraine.
"Kiev telah memaklumkan kepada kami tentang masalah itu yang berpunca daripada kehilangan bekalan kuasa," kata badan pemerhati di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut menerusi Twitter.
IAEA and #Ukraine nuclear regulator agree that loss of power at #Chornobyl Nuclear Power Plant would not have a critical impact on essential safety functions at the site. https://t.co/iaCd3hBaZG pic.twitter.com/QYuzLmspVW
— IAEA - International Atomic Energy Agency (@iaeaorg) March 9, 2022
Pengesahan itu dibuat IAEA selepas ia mendakwa tidak lagi menerima data daripada kemudahan tersebut yang pernah mencetuskan bencana nuklear Chernobyl pada 1986.
Ketua IAEA, Rafael Grossi berkata, penghantaran data jarak jauh daripada sistem pemantauan perlindungan yang dipasang di Chernobyl NPP telah ‘hilang’.
“Kami sedang meneliti status sistem sama di lokasi lain di Ukraine dan akan memaklumkan perkembangan tentangnya,” ujarnya yang turut menjelaskan fungsinya adalah untuk menghalang penyebaran senjata nuklear menerusi pengesanan awal jika berlaku sebarang penyalahgunaan bahan berbahaya tersebut.
Menurutnya, lebih 200 kakitangan teknikal dan pengawal keselamatan terperangkap di kemudahan itu serta terpaksa bekerja tanpa henti selama 13 hari berturut-turut sejak ia diambil alih tentera Rusia pada 24 Februari lalu.
Difahamkan, loji kuasa tidak beroperasi itu terletak di zon pengecualian yang turut menempatkan reaktor yang dinyahaktif dan kemudahan sisa radioaktif.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Chernobyl
#IAEA
#Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan