DUNIA
AS luaskan tarif 50 peratus ke atas keluli, aluminium kepada 407 produk baharu

Jeffrey Kessler, Setiausaha Bahagian Perdagangan untuk Industri dan Keselamatan AS. - Foto Sport Business Journal
ISTANBUL: Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengumumkan peluasan skop tarif 50 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang kini meliputi 407 kategori produk baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Tarif tambahan itu yang berkuat kuasa pada Isnin, melanjutkan caj yang kali pertama dikenakan oleh Presiden AS Donald Trump.
Barangan yang mengandungi keluli atau aluminium, seperti alat pemadam api, jentera, bahan binaan dan bahan kimia khusus kini dimasukkan dalam senarai berkenaan.
Bahan lain yang turut mengandungi keluli atau aluminium akan terus tertakluk kepada tarif sedia ada."Tindakan hari ini memperluaskan capaian tarif keluli dan aluminium serta menutup ruang penghindaran, sekali gus menyokong usaha berterusan menghidupkan semula industri keluli dan aluminium Amerika," kata Setiausaha Bahagian Perdagangan untuk Industri dan Keselamatan, Jeffrey Kessler.
Agensi itu menyifatkan langkah berkenaan sebagai sebahagian daripada siri tindakan "bersejarah" pentadbiran Trump untuk memperkukuh industri.
Trump sebelum ini telah menggunakan tarif sektoral dan menyeluruh bagi meningkatkan industri pembuatan AS.
Pada Jun lalu, beliau mengumumkan duti import keluli dan aluminium digandakan daripada 25 peratus kepada 50 peratus.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami