awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubang benam: Pasukan penyelamat bina tanjakan selamatkan pemandu trak

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2025
03:30 MYT
Lubang benam: Pasukan penyelamat bina tanjakan selamatkan pemandu trak
Pasukan penyelamat membina tanjakan untuk menyelamatkan pemandu trak yang tersepit dalam lubang benam di Yashio, Jepun. - Foto Sinar Harian/Agensi
TOKYO: Pasukan penyelamat Jepun selesai membina tanjakan atau 'ramp' sebagai usaha menyelamatkan seorang pemandu trak selepas kenderaannya terjunam ke dalam lubang benam selebar 40 meter di bandar Yashio.
Gabenor wilayah Saitama, Motohiro Ono berkata, pasukan tersebut berdepan kesukaran kerana lubang benam itu yang kini sepanjang sebuah kolam renang Olimpik, terus melebar sejak 28 Januari lalu.
“Kami baru sahaja selesai kerja membina tanjakan.
"Pasukan penyelamat akan menggunakan tanjakan sepanjang 30 meter itu untuk menghantar peralatan berat ke dalam lubang tersebut.
“Kami akan membersihkan runtuhan dan menyelamatkan pemandu secepat mungkin,” katanya memetik laporan The Straits Times pada Ahad.
Sebelum ini media melaporkan, usaha mengeluarkan pemandu menggunakan kren telah bermula pada Selasa lalu namun terhenti apabila bahagian jalan berhampiran runtuh pada awal Rabu.
Menurut NHK, anggota penyelamat mendengar pemandu bertindak balas pada 1 tengah hari waktu tempatan pada Selasa, sebelum terputus hubungan dengan mereka.
Selain itu, bandar Yashio juga telah mengeluarkan arahan pemindahan kepada 200 isi rumah ekoran potensi kebocoran saluran paip gas yang semakin meningkat.
Lubang benam tersebut dipercayai berpunca daripada paip pembetung pecah yang mengalir di bawah jalan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lubang benam
#tanjakan
#pemandu trak
#terjunam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan