Skip to main content

Dunia

Macron gesa persetujuan belanjawan EU dicapai menjelang akhir tahun

Macron (foto) memberi amaran bahawa kegagalan mencapai persetujuan dalam beberapa minggu akan datang akan mencetuskan “tekanan yang jauh lebih besar” serta meningkatkan risiko belanjawan itu tidak dapat dimuktamadkan mengikut jadual. -Gambar fail/REUTERS
Macron (foto) memberi amaran bahawa kegagalan mencapai persetujuan dalam beberapa minggu akan datang akan mencetuskan “tekanan yang jauh lebih besar” serta meningkatkan risiko belanjawan itu tidak dapat dimuktamadkan mengikut jadual. -Gambar fail/REUTERS

Ringkasan AI

  • Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa pemimpin EU capai persetujuan belanjawan jangka panjang 2028-2034 sebelum akhir tahun ini.
  • Macron memberi amaran kegagalan capai persetujuan akan tingkatkan tekanan dan risiko belanjawan tidak dimuktamadkan mengikut jadual.
  • Pemimpin EU masih berbeza pendapat mengenai pembiayaan pelaburan keutamaan baharu serta mengekalkan subsidi pertanian dan bantuan kewangan wilayah kurang maju.
Advertisement

BRUSSELS: Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan mengenai belanjawan jangka panjang blok itu bagi tempoh 2028 hingga 2034 sebelum akhir tahun ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Macron memberi amaran bahawa kegagalan mencapai persetujuan dalam beberapa minggu akan datang akan mencetuskan “tekanan yang jauh lebih besar” serta meningkatkan risiko belanjawan itu tidak dapat dimuktamadkan mengikut jadual.

“Sekiranya tiada persetujuan dicapai menjelang 31 Dis, perbincangan akan disambung semula pada separuh kedua tahun depan.

Advertisement

“Saya tidak fikir ini penyelesaian terbaik untuk Eropah,” kata beliau di luar Sidang Kemuncak EU di Brussels pada Khamis.

Gesaan Macron itu dibuat menjelang pilihan raya presiden Perancis, dengan pusingan pertama pengundian dijadual berlangsung pada 18 April 2027.

Advertisement

Macron, yang kini dalam penggal kedua sebagai presiden, tidak layak bertanding semula.

Dalam pada itu, pemimpin EU yang berhimpun di Brussels masih berbeza pendapat mengenai kaedah membiayai pelaburan dalam bidang keutamaan baharu seperti pertahanan dan daya saing, di samping mengekalkan subsidi pertanian serta bantuan kewangan kepada wilayah kurang maju.

Canselor Jerman Friedrich Merz ketika menghadiri mesyuarat itu sekali lagi menegaskan tuntutannya supaya saiz belanjawan dihadkan bagi mengelakkan peningkatan mendadak dalam sumbangan kewangan negara itu.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement