awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Indonesia lulus permohonan pertukaran jantina askar wanita

Agensi
Agensi
20/03/2021
07:05 MYT
Mahkamah Indonesia lulus permohonan pertukaran jantina askar wanita
Mahkamah daerah Tondano di wilayah Sulawesi Utara memutuskan permohonan yang dibuat Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang untuk menukar namanya kepada Aprilio Perkasa Manganang. - Gambar Instagram/ Aprilio Perkasa Manganang
JAKARTA: Mahkamah Indonesia pada Jumaat membenarkan permohonan seorang askar wanita untuk menukar jantina dalam pendaftaran rasmi susulan keadaan kongenital (keadaan atau penyakit semasa kelahiran) yang jarang berlaku.
Mahkamah daerah Tondano di wilayah Sulawesi Utara juga memutuskan permohonan yang dibuat Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang untuk menukar namanya kepada Aprilio Perkasa Manganang.
Keputusan itu diputuskan oleh hakim Nova Loura Sasube.
"[Mahkamah] memutuskan bahawa pemohon Aprilia Santini Manganang telah menukar jantina daripada wanita kepada lelaki," kata Nova dalam perbicaraan secara maya.
Perbicaraan turut dihadiri Ketua Staf Angkatan Darat, Jeneral Andika Perkasa dari ibu pejabat tentera di Jakarta.
Aprilio yang juga bekas pemain pasukan bola tampar wanita Indonesia, telah menjalani pembedahan hypospadias untuk membetulkan kecacatan di bahagian luaran kemaluan lelaki.
Hakim memutuskan bahawa Aprilio kini memegang hak dan tanggungjawab sebagai lelaki.
Sementara itu, Aprilio, yang telah menjalani hidup sebagai seorang wanita selama 28 tahun menzahirkan ucapan terima kasih di atas keputusan mahkamah.
"Saya harap ini akan menjadi permulaan yang baik untuk masa depan dan permulaan yang baharu," katanya.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#mahkamah
#tukar jantina
#Askar wanita tukar jantina
#Hypospadias
#Aprilio Perkasa Manganang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan