awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS mahu siasatan telus pembunuhan Jamal Khashoggi

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2018
03:11 MYT
AS mahu siasatan telus pembunuhan Jamal Khashoggi
Jim Mattis bercakap pada satu sidang media di Prague, Republik Czech, 28 Okt, 2018. (Roman Vondrous/CTK via AP)
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Jim Mattis sudah menemui Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir untuk membincangkan kes pembununan wartawan kanan Jamal Khashoggi awal bulan ini.
Mattis pada Ahad berkata, dalam pertemuan mereka di Bahrain pada Sabtu itu, beliau telah meminta Arab Saudi melakukan siasatan terperinci terhadap kes tersebut.
"Kami berbincang mengenainya. Tentang perlunya ketelusan, dan siasatan penuh dan lengkap," katanya kepada pemberita di Prague.
"Al-Jubeir bersetuju sepenuhnya, tanpa sedikit pun rasa ragu-ragu. Katanya, kita perlu tahu apa yang telah terjadi. Pertemuan itu sangat kolaboratif, dalam nada bersetuju," kata Mattis.
Sebelum ini, Arab Saudi mendakwa, kolumnis The Washington Post yang lantang mengritik pentadbiran Riyadh itu maut dalam satu pergaduhan di bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki, pada 2 Oktober.
Khashoggi, kelahiran Arab Saudi, hidup dalam buangan di Virginia, Amerika syarikat sejak 2017, sejurus selepas Putera Mahkota Mohammed Salman dilantik sebagai pewaris takhta.
Ditanya bagaimana satu penyiasatan dapat menentukan kedudukan Putera Mohammed, sama ada dia terlibat atau tidak, seperti dakwaan sesetengah pihak, Mattis berkata:
"Turki akan memastikan terdapat lebih dari satu pandangan tentang apa yang berlaku, saya pasti siasatan itu akan memasukkan bukti yang diperolehi Turki."
Topic Berkaitan
#Adel Ahmed Al-Jubeir
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#Istanbul
#Jamal Khashoggi
#Jim Mattis
#konsulat
#maut
#Menteri Luar
#Pembunuhan
#Putera Mohammed Salman
#siasatan
#Turki
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan