Skip to main content

Advertisement

Dunia

Majlis Pakar Iran pilih pemimpin agung baharu, nama belum diumumkan

A person holds an image of Iran's Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei as Iranian demonstrators protest against the U.S.-Israeli strikes, in Tehran, Iran, February 28, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Majlis Pakar Iran memilih pemimpin agung baharu bagi menggantikan Ayatollah Ali Khamenei, yang terbunuh dalam serangan udara AS-Israel, kata seorang ulama kanan Iran pada Ahad. - Gambar fail/BERNAMA

ISTANBUL: Majlis Pakar Iran memilih pemimpin agung baharu bagi menggantikan Ayatollah Ali Khamenei, yang terbunuh dalam serangan udara AS-Israel, kata seorang ulama kanan Iran pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

“Semua khabar angin dan laporan yang menyatakan bahawa Majlis Pakar belum membuat keputusan adalah palsu sama sekali,” kata Ahmad Alamolhoda dalam kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Mehr.

Advertisement

Beliau berkata pengundian kepimpinan telah pun berlangsung dan pengganti telah dipilih, tanpa mendedahkan namanya.

Alamolhoda berkata di bawah Perlembagaan Iran, tiada sesiapa, termasuk ahli Majlis Pakar, mempunyai hak untuk menukar undi mereka sebaik sahaja keputusan dibuat.

Tambah beliau, pengumuman keputusan itu bergantung kepada Ayatollah Hashem Hosseini Bushehri, yang bertanggungjawab menyampaikan keputusan majlis itu secara rasmi kepada orang awam.

Lebih 1,200 orang, termasuk Khamenei dan pegawai tinggi tentera, telah terbunuh dan lebih 10,000 yang lain cedera dalam serangan AS-Israel ke atas Iran sejak 28 Feb, menurut data rasmi Iran.

Tehran membalas dengan melancarkan serangan dron dan misil yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video