Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata Malaysia adalah negara yang amat penting kepada Indonesia dan tidak ada sebab bagi kedua-dua negara untuk tidak terus mengukuhkan hubungan dua hala yang sekian lama terjalin.
Katanya semasa perjumpaan dua halanya dengan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dua hari lalu, mereka sependapat bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia amat penting dan besar ertinya dan mesti diperkukuhkan.
Menurut Retno, dari segi hubungan ekonomi, Malaysia adalah antara rakan dagangan terbesar Indonesia dengan nilai dagangan antara US$24 bilion hingga US$25 bilion, selain Malaysia antara negara pelabur terbesar di Indonesia.
Katanya pelancongan dua hala antara Malaysia dan Indonesia juga adalah besar serta berkembang pesat selain pertukaran pelajar yang diyakini boleh mengeratkan hubungan kedua-dua negara melalui hubungan rakyat dengan rakyat.
"Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara dengan negara lain adalah perkara biasa. Sedangkan dengan negara jauhpun kita mempunyai masalah apatah lagi negara yang dari segi geografinya amat dekat seperti Malaysia dan Indonesia.
"Persoalannya bagaimana kita harus mengelola permasalahan-permasalahan ini? Saya katakan kepada Menteri Luar Malaysia bahawa komunikasi yang terbuka antara kedua-dua negara, ikhlas dan jujur antara satu dengan lain, saling menghormati merupakan kunci bagi kedua-dua negara untuk menyelesaikan apa juga masalah yang wujud," katanya.
Retno berkata demikian ketika ditemuramah pada akhir Pemukiman Menteri-Menteri Luar Asean di sini hari ini.
Menurutnya, untuk mendepani apa juga isu dan permasalahan yang berbangkit antara kedua-dua negara, beliau percaya ia boleh diatasi melalui dialog dan komunikasi secara personal melalui hubungan akrab yang dibina dalam kalangan pemimpin Asean.
Sebagai contohnya, katanya, ketika berlaku nahas udara AirAsia Indonesia, hubungan akrab dalam kalangan pemimpin telah memudahkan komunikasi beliau dengan banyak negara terutama berkaitan dengan kewarganegaraan penumpang yang terlibat dalam nahas pesawat berkenaan
Katanya kehadiran banyak negara membantu Indonesia dalam operasi mencari dan menyelamat, termasuk Malaysia, membuktikan semangat setiakawan untuk membantu negara yang ditimpa masalah masih kukuh dan ini mesti dipertahankan.
Mengenai Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di sini, Retno berkata Indonesia mendukung penuh kedudukan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dan telah menyuarakan pandangan supaya ASEAN menggunakan pendekatan 'down to earth'.
Katanya ASEAN perlu memberi manfaat kepada rakyat dan rakyat di negara-negara ASEAN harus dapat merasai manfaat berkenaan dengan menghapuskan apa juga bentuk sekatan yang boleh menghalang rakyat daripada merasai manfaat itu.
Mengenai kedudukannya sebagai wanita pertama di negaranya menjadi Menteri Luar Indonesia, Retno berkata ia satu pengiktirafan kepada wanita.
Katanya ia membuktikan bahawa wanita juga boleh memikul tanggungjawab berat, sekali gus mengikis tanggapan wujudnya dasar membezakan gender, lebih-lebih lagi seperti Indonesia yang mempuyai penduduk Islam terbesar di dunia.
Bernama
Wed Jan 28 2015
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (kanan) ketika beramah-mesra bersama Menteri Luar Negeri Indonesia, Retno L.P Marsudi (kiri) pada pertemuan dua hala sempena Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri 2015 Selasa lalu. - Foto Bernama
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.