awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia buka Konsulat Jeneral di Xi'an, China

Bernama
Bernama
02/11/2016
23:15 MYT
Malaysia buka Konsulat Jeneral di Xi'an, China
Pejabat Konsulat Jeneral di Xi'an, China merupakan yang keenam di negara berkenaan.
Malaysia telah membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Xi'an, Wilayah Shaanxi, China.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Wisma Putra berkata pejabat itu merupakan Konsulat Jeneral Malaysia yang keenam di negara berkenaan.
Tan Li Lung telah dilantik sebagai Konsul Jeneral Malaysia yang pertama ke Xi'an dan turut bertanggungjawab ke atas Wilayah Gansu dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia.
"Pengalaman luas Encik Tan akan membawa manfaat kepada usaha untuk meningkatkan hubungan antara rakyat ke rakyat selain daripada menggalakkan pertukaran di dalam peluang perniagaan dan pelaburan antara kedua-dua negara," kata kenyataan itu.
Beliau memulakan perkhidmatan di Wisma Putra pada 2003 dan pada 2007 beliau memulakan tugas sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Malaysia, di Beijing sehingga 2011.
Tan kemudian bertugas sebagai Penasihat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo, Sri Lanka dari 2011 hingga 2014.
Wisma Putra berkata pembukaan pejabat Konsulat Jeneral itu mempamerkan hubungan bilateral Malaysia dengan China yang rapat dan keinginan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan tiga wilayah itu merangkumi semua bidang kerjasama seperti perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pendidikan.
Pejabat itu terletak di Hotel Shangri-La Xi'an, Bilik 912, 38B, Jalan Keiji, Xi'an Shaanxi. Ia dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Ia boleh dihubungi menerusi talian (+8629) 8956 8478. -- Bernama
Topic Berkaitan
#China
#konsulat jeneral
#Malaysia
#Xi'an
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan