Malaysia menawarkan Institut Maritim Malaysia (MIMA) dijadikan sebagai pusat kecemerlangan bagi latihan dan perkongsian kepakaran untuk negara-negara anggota Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana Malaysia berpendapat IORA harus mempunyai sebuah institusi yang mampu untuk menyalur dan berkongsi pengalaman bagi menangani isu-isu berkaitan masalah kelautan.
"Malaysia mempunyai pengalaman dalam aspek keselamatan maritim seperti di Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan kapal paling sibuk di dunia dengan dilalui oleh 80,000 kapal setahun.
"Oleh itu isu-isu berkaitan pelanunan, keganasan, penyeludupan manusia dan jenayah merentasi sempadan dalam isu-isu, berkaitan dengan keselamatan Selat Melaka dan jika tidak ditangani ia boleh menjejaskan urusan perdagangan dunia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini. hari ini.
Perdana menteri berkata demikian selepas mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak IORA yang berlangsung di sini.
Najib berkata, sebagai sokongan terhadap Deklarasi IORA Jakarta berkaitan Mencegah Keganasan, Malaysia turut sedia berkongsi kepakaran dan pengalaman di dalam menangani ancaman itu yang begitu serius masa kini.
Katanya, Malaysia telah membuktikan komitmennya dalam menjaga keselamatan Selat Melaka apabila mewujudkan kerangka Rondaan Selat Melaka bersama Singapura, Indonesia dan Thailand dengan membuat rondaan laut dan udara serta berkongsi maklumat risikan.
Beliau berkata langkah-langkah yang diambil itu telah memberi kesan positif dengan penurunan kes jenayah laut.
"Sebagai contohnya pada 2015, terdapat 104 kes pelanunan atau rompakan di kawasan Selat Melaka tetapi pada tahun lepas hanya ada satu kes sahaja dilaporkan," katanya.
Katanya, pada sidang kemuncak itu, satu deklarasi yang dikenali sebagai Jakarta Concord mempunyai enam bidang keutamaan iaitu keselamatan maritim, memudah cara perdagangan dan pelaburan, pengurusan perikanan, pengurusan risiko bencana, kerjasama sains dan teknologi serta pelancongan dan kebudayaan.
Najib berkata selain itu, sidang kemuncak berkenaan juga bersepakat merencana dua isu rentas iaitu 'Blue Economy' dan Pemerkasaan Ekonomi Wanita.
Perdana menteri berkata dalam kenyataannya pada sesi debat sidang kemuncak itu, beliau menekankan mengenai keperluan satu pelan tindakan untuk menangani ancaman-ancaman tradisional dan bukan tradisional di Lautan Hindi.
Bersempena sidang kemuncak itu, Najib juga berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull dan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena bagi membincangkan isu-isu dua hala dan serantau yang berkepentingan kepada negara.
Sidang Kemuncak IORA bertemakan "Memperkukuhkan Kerjasama Maritim Untuk Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran di Lautan Hindi" itu adalah yang julung kali diadakan bersempena ulang tahun ke-20 IORA.
IORA mempunyai 21 negara anggota dari rantau pesisir Lautan Hindi serta tujuh negara Rakan Dialog iaitu China, Mesir, Perancis, Jerman, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2017
PM NAJIB: Malaysia menawarkan MIMA dijadikan sebagai pusat kecemerlangan bagi latihan dan perkongsian kepakaran untuk negara-negara anggota IORA. - fotoBERNAMA
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.