PHNOM PENH: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan kepada komuniti Melayu Islam Champa di Kemboja dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaan akan dibincang lanjut dengan kerajaan negara itu.
Beliau berkata antara bidang yang dikenal pasti termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang dapat mewujudkan tenaga berkemahiran tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu Champa di negara Asean itu, yang dianggar seramai 800,000 orang.
"Untuk Datuk Othsman (Othsman Hassan, Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri Kemboja), kita akan tengok apa yang boleh kita bantu dari segi pendidikan. Difahamkan ramai belajar di Kuala Lumpur," katanya sempena majlis makan malam bersama Keluarga Malaysia di Kemboja, malam tadi.
Perdana Menteri tiba di Kemboja semalam untuk lawatan rasmi dua hari bagi mengukuhkan hubungan dua hala yang terjalin selama 65 tahun selain daripada perdagangan dan peluang pelaburan serta pergerakan rakyat antara kedua-dua negara.
Sejurus ketibaaan, beliau telah menerima kunjungan hormat Othsman, yang turut hadir di majlis tersebut. Othsman juga merupakan menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam di Kemboja.
Selain itu, Ismail Sabri berkata peluang pekerjaan untuk orang Melayu Champa juga boleh diteliti memandangkan Malaysia mempunyai dua juta tenaga pekerja asing berdaftar.
"Mungkin kita boleh lihat apa kita boleh tawarkan kepada masyarakat Melayu Islam Champa dari Kemboja untuk menjadi tenaga kerja di Malaysia. Insya-Allah masyarakat Melayu di Malaysia akan terus membantu masyarakat Melayu Islam Champa di Kemboja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Ismail Sabri (duduk, tengah) bergambar bersama Keluarga Malaysia yang berada di Kemboja pada majlis makan malam di Kemboja malam tadi. Turut hadir, Othsman dan Duta Malaysia ke Kemboja, Eldeen Husaini Mohd Hashim. --fotoBERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Malaysia teliti bantuan kepada komuniti Melayu Islam Champa, peluang pekerjaan - Ismail Sabri
Antara bidang yang dikenal pasti termasuk TVET yang dapat mewujudkan tenaga berkemahiran tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu Champa.