Malaysia menyatakan penghargaannya atas tindakan pantas Thailand menangkap rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dengan sindiket dadah berikutan ikrar kedua-dua negara berjiran itu untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam usaha memerangi dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata Malaysia juga berjaya mematahkan cubaan menyeludup 55 tan ketum dan 22 kg kokain ke Thailand dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Dadah menjadi masalah global dan untuk berjaya dalam memeranginya, kami perlu bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat perisikan," kata beliau kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kerjasama Penguatkuasaan Undang-undang Narkotik Malaysia-Thailand Ke-38 di sini pada Khamis.
Delegasi Thailand ke mesyuarat itu diketuai Ketua Setiausaha Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) Sirinya Sitdichai.
Mokhtar, yang akan bersara tidak lama lagi, berkata penangkapan rakyat Malaysia yang disyaki menjadi pengedar dadah oleh pihak berkuasa Thailand menunjukkan kecekapan, ketelusan dan keikhlasan agensi penguatkuasaan negara berkenaan.
Sementara itu, menurut beliau, pihak berkuasa Malaysia tidak akan membiarkan negara itu dijadikan tempat untuk mengimport, mengeksport atau menghasilkan dadah.
Pihak berkuasa Thailand mencatat dua kejayaan penting April lepas apabila menangkap dua rakyat Malaysia yang disyaki bertanggungjawab dalam beberapa cubaan membawa masuk beratus-ratus kilogram dadah ke Malaysia.
Dua lelaki berkenaan, yang dirujuk media Malaysia sebagai "Mr T" atau "Malaysian Iceman" dari Johor dan "Mr G" dari Pulau Pinang, ditangkap di Lapangan Terbang Hatyai dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok selepas pihak berkuasa Thailand melakukan pemantauan rapi.
Sementara itu, Sirinya mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia atas usaha mereka menggagalkan cubaan menyeludup 55 tan daun ketum dan 22 kg kokain ke Thailand.
Thailand, kata beliau, memohon bantuan Malaysia kerana ia memiliki kepakaran dalam memerangi dan menangani masalah penggunaan ketum.
Beliau berkata oleh kerana Malaysia dan Thailand berdepan dengan masalah berkaitan penyeludupan dadah, maka kedua-dua negara perlu meningkatkan kerjasama bagi memastikan kejayaan mereka dalam memerangi dadah.
Mesyuarat tahun ini sengaja diadakan di Chiang Rai, yang terletak di utara Thailand dan di pinggir Segi Tiga Emas, yang terkenal sebagai kawasan penghasilan dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2017
Thailand dan Malaysia akan menjalin kerjasama erat dalam memerangi ancaman dadah yang melibatkan kedua-dua buah negara. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.