awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun

Bernama
Bernama
28/12/2024
16:26 MYT
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Warren "Red" Upton, bekas operator radio, meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di hospital pada Hari Krismas dikelilingi oleh keluarganya. - Gambar fail/AP
BERLIN: Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Warren "Red" Upton, bekas operator radio, meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di hospital pada Hari Krismas dikelilingi oleh keluarganya, organisasi Pacific Historic Parks mengumumkan di Facebook.
Pengumuman itu menerangkan bagaimana Upton berkhidmat di kapal perang USS Utah apabila ia dilanggar oleh dua torpedo dan mula terbalik. Dia dan anak kapal lain dapat berenang ke tempat yang selamat. Lima puluh lapan anak kapal terbunuh dalam serangan mengejut itu.
Pada 7 Dis 1941, tentera udara tentera laut Jepun menyerang Armada Pasifik AS yang berlabuh di pangkalan tentera laut Pearl Harbor di selatan Honolulu, Hawaii. AS, yang sehingga itu kekal berkecuali, mengisytiharkan perang ke atas Empayar Jepun pada hari berikutnya.
Upton adalah mangsa terakhir anak kapal USS Utah. Menurut akhbar tentera AS Stars and Stripes, terdapat 15 lagi mangsa yang terselamat dalam serangan itu manakala 2,335 anggota tentera AS dan 68 orang awam terkorban.
Selepas perang, Upton pulang ke rumah dan berkeluarga. Isterinya, Gene, meninggal dunia pada 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa tertua
#Pearl Harbor
#Perang Dunia II
#Warren Upton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan