INTERNATIONAL
Mark Zuckerberg bertemu Donald Trump di Mar-a-Lago

Pertemuan antara Zuckerberg dan Trump menjadi tumpuan kerana Meta sebelum ini tamatkan program sebagai tindak balas pada kritikan daripada golongan konservatif.
FLORIDA: Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump, di Mar-a-Lago pada Jumaat, menurut laporan laman berita Semafor yang memetik sumber yang mengetahui perkara tersebut.
Meta dan pasukan peralihan Trump belum memberikan maklum balas segera kepada permintaan komen daripada Reuters.
Awal minggu ini, syarikat media sosial tersebut juga menghentikan program semakan fakta di AS dan melonggarkan sekatan terhadap perbincangan isu sensitif seperti imigresen dan identiti jantina. - Reuters
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami