Skip to main content

Dunia

Media Iran sahkan Khamenei terbunuh dalam serangan Israel, AS

FILE - In this photo released by the official website of the office of the Iranian supreme leader, Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei speaks under a portrait of the late revolutionary founder Ayatollah Khomeini, in a ceremony meeting a group of officials, in Tehran, Iran, March 8, 2025. (Office of the Iranian Supreme Leader via AP, File)
Ayatollah Ali Khamenei ketika berucap pada satu majlis pertemuan dengan sekumpulan pegawai di Tehran, Iran, 8 Mac 2025. (Pejabat Pemimpin Tertinggi Iran/Foto AP)

KUALA LUMPUR: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.

Perkara itu disahkan stesen televisyen negara dan agensi berita rasmi Iran, pada Ahad.

Advertisement

Media Iran melaporkan, kematian pemimpin berusia 86 tahun itu susulan siri serangan besar-besaran yang menyasarkan infrastruktur ketenteraan dan kepimpinan tertinggi negara tersebut.

Serangan bersama Israel dan AS itu dilaporkan menyasarkan pelbagai lokasi strategik di Iran, termasuk kawasan berkaitan kepimpinan tertinggi negara, dalam apa yang disifatkan sebagai operasi ketenteraan paling agresif dalam beberapa dekad.

Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump dan pegawai Israel turut mendakwa Khamenei terbunuh dalam serangan berkenaan, namun terdapat percanggahan maklumat apabila beberapa sumber Iran sebelum ini menafikan atau belum mengesahkan sepenuhnya laporan tersebut.

Kematian Khamenei, yang memegang jawatan Pemimpin Tertinggi sejak 1989 dan merupakan tokoh paling berkuasa dalam struktur politik dan ketenteraan Iran, dijangka memberi kesan besar terhadap kestabilan politik dalaman Iran serta meningkatkan lagi ketegangan geopolitik di rantau Asia Barat.

Must Watch Video