awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menjijikkan! Wanita disimbah 'cecair sperma' di Tasikmalaya, suspek diburu polis

Sinar Harian
Sinar Harian
18/11/2019
01:51 MYT
Menjijikkan! Wanita disimbah 'cecair sperma' di Tasikmalaya, suspek diburu polis
Seorang lelaki diburu polis kerana menyimbah 'cecair sperma' ke atas beberapa wanita di Tasikmalaya, Jawa Barat. -Gambar Sinar Harian
Seorang lelaki di Jawa Barat, Indonesia diburu pihak berkuasa kerana menyembur sperma ke atas beberapa orang wanita.
Perbuatan jijik itu dilaporkan berlaku di Tasikmalaya dan sehingga kini berbelas wanita dilaporkan menjadi mangsa lelaki berkenaan.
Modus operandi lelaki tersebut ialah menyasarkan wanita yang berdiri di bahu jalan ketika sedang menunggu teksi motosikal atau ojek.
Kes berkenaan tular selepas salah seorang mangsa memuat naik video 'serangan' di media sosial.
Dalam video berkenaan, jelas kelihatan kelibat suspek yang sedang menunggang motosikal menyimbah sejenis cecair ke arah badan mangsa.
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Tasikmalaya, Asisten Komisioner Dadang Sudiantoro berkata, beberapa mangsa lelaki terbabit tampil membuat laporan polis dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
"Suspek menunggang motosikal jenis skuter dan memakai jaket kulit. Lelaki berkenaan mungkin berusia 20-an berdasarkan keterangan mangsa," katanya.
Topic Berkaitan
#Dadang Sudiantoro
#Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Tasikmalaya
#serangan sperma
#simbah cecair
#simbah wanita
#Tasikmalaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan