awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Korea Selatan dijadual lawat Malaysia minggu ini

Bernama
Bernama
01/05/2023
09:59 MYT
Menteri Luar Korea Selatan dijadual lawat Malaysia minggu ini
Park juga akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menyampaikan syarahan di Universiti Malaya. -Gambar fail/Reuters
SEOUL: Diplomat tertinggi Korea Selatan dijadual melawat Malaysia minggu ini untuk membincangkan cara mengukuhkan hubungan dua hala seiring ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, menurut kementerian luar Seoul pada Isnin.
Menteri Luar Park Jin dijadual berlepas ke Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, serta membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk rantaian bekalan, pertahanan dan infrastruktur, lapor agensi berita Yonhap.
Dalam tempoh lawatannya, Park juga akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menyampaikan syarahan di Universiti Malaya.
Dasar Pandang Ke Timur yang dilancarkan pada 1980-an adalah kerangka hala tuju ekonomi Malaysia dalam mencontohi Jepun dan Korea Selatan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonominya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Diplomat tertinggi Korea Selatan
#Kementerian Luar
#lawatan rasmi
#Dasar Pandang ke Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan