BANGKOK: Menteri Luar junta Myanmar, Wunna Maung Lwin, tiba di Bangkok dan berunding dengan rakan sejawatnya dari Thailand dan Indonesia pada Rabu mengenai situasi terkini politik sejak rampasan kuasa tentera di negara itu.
Wunna Maung Lwin, bertemu dengan Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai diikuti Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi. Wunna Maung Lwin turut bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha.
Laman web bahasa Inggeris, The Nation, memetik pegawai kerajaan sebagai berkata, Prayuth dan Wunna Maung Lwin bertemu di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand, di Don Mueng selama sejam dan menumpukan rundingan mengenai masalah politik dan bantahan di Myanmar.
Ditanya mengenai perkara itu, Prayuth - bekas panglima tentera yang merampas kuasa pada 2014, berkata:
"Sesetengah perkara biarlah kekal tidak rasmi... sebagai negara jiran, kita perlu saling mendengar antara satu sama lain," katanya ketika ditemui pemberita.
Wunna Maung Lwin, bertemu Retno Marsudi yang singgah di Bangkok pada Rabu pagi ketika dalam rangka lawatan ke negara-negara ASEAN, mencadangkan mesyuarat menteri luar khas mengenai krisis politik di Myanmar.
Media Indonesia memetik jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah sebagai berkata, Retno sebelum ini membatalkan lawatan ke Myanmar dan pegawai itu berkata, ia dibatalkan kerana menyifatkan kunjungan itu tidak pada 'waktu yang sesuai'.
Dalam satu kenyataan Kementerian Luar Thailand, Don dalam pertemuannya dengan Retno bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama COVID-19 dan usaha meningkatkan kerjasama serantau.
“Mereka juga menegaskan bahawa Myanmar adalah anggota penting dalam keluarga ASEAN.
"Pertubuhan serantau itu boleh menjadi pentas dialog konstruktif untuk Myanmar dengan negara anggota ASEAN lain sejajar dengan prinsip dan matlamat Piagam ASEAN dan demi kebaikan rakyat negara itu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021
Imej diambil dari video MRTV menunjukkan Retno Marsudi (kiri) mengadakan perbincangan bersama Don Pramudwinai (tengah) dan Wunna Maung Lwin ketika pertemuan mereka di Bangkok, Thailand, 24 Feb, 2021. (Foto AP)
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.