awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri-menteri Luar ASEAN rakam takziah atas kematian Abe

Bernama
Bernama
09/07/2022
15:50 MYT
Menteri-menteri Luar ASEAN rakam takziah atas kematian Abe
Sejak sekian lama Abe dianggap sebagai rakan baik ASEAN. - Gambar/ Bernama
JAKARTA: Seluruh rantau ASEAN turut berduka dengan kematian bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang meninggal dunia selepas ditembak ketika sedang berucap dalam satu kempen pilihan raya di bandar raya Nara, Jepun pada Jumaat.
"Kami, Menteri-menteri Luar ASEAN terkejut dan sedih dengan insiden itu. Simpati dan takziah kami kepada kerajaan dan rakyat Jepun ," menurut kenyataan Menteri-menteri Luar ASEAN yang dimuat naik di laman sesawang Sekretariat ASEAN.
Menurut kenyataan itu sejak sekian lama Abe adalah rakan baik ASEAN.
Presiden Institut Penyelidikan Ekonomi ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Hidetoshi Nishimura, berkata: "Amat mengejutkan dan kami semua di ERIA amat sedih dengan berita kematian Shinzo Abe."
Beliau berkata insiden semalam sesuatu yang keji dan institut itu terkejut dengan kehilangan nyawa seorang negarawan hebat yang menjadi penyokong kuat ERIA sejak awal.
Pada Sidang Kemuncak Asia Timur Kedua pada 15 Januari 2007 di Cebu, Filipina, Abe, secara rasmi mencadangkan penubuhan ERIA.
Menurut Nishimura, wujudnya institut itu hari ini kerana sokongan tidak berbelah bagi dan kepimpinan Abe yang cemerlang.
"Peristiwa menyedihkan ini pastinya memberi kesan mendalam kepada insan yang rapat dengannya, kepada rakyat Jepun, kami turut bersedih. Kami akan mengekalkan semangat dan legasinya melalui ERIA," katanya dalam satu kenyataan.
Presiden Indonesia Joko Widodo turut berkongsi gambarnya bersama Abe dengan kapsyen, "Izinkan saya mengucapkan takziah atas kematian tragis Shinzo Abe."
"Kami akan sentiasa mengingati sumbangan beliau dalam memperkukuh kerjasama Indonesia-Jepun. Semoga keluarga Abe dan rakyat Jepun diberi kekuatan untuk melalui saat yang sukar ini," ciap Joko Widodo menerusi akaun Twitter rasminya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shinzo Abe
#mati ditembak
#Menteri Luar ASEAN
#salam takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan