Skip to main content

Dunia

Meta, TikTok berdepan kritikan EU selepas krisis migran di Ceuta

Migrants wait for a shop to open so they can buy food after crossing from Morocco into the Spanish enclave of Ceuta, Friday, July 31, 2026. (AP Photo/Antonio Sempere)
Puluhan ribu orang menyeberang ke Ceuta dari Maghribi akhir bulan lepas, memenuhi wilayah kecil itu dan mencetuskan pertikaian politik berhubung perlindungan sempadan di luar Kesatuan Eropah. - AP
Advertisement

BRUSSELS: Ketua digital Kesatuan Eropah (EU), Henna Virkkunen mengkritik Meta dan TikTok berhubung pengendalian maklumat salah mereka semasa krisis penghijrahan migran baru-baru ini di kawasan enklaf Sepanyol, Ceuta di Afrika Utara, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Beliau turut menggesa pemantauan dipertingkatkan terhadap platform media sosial semasa krisis, .

Puluhan ribu orang menyeberang ke Ceuta dari Maghribi akhir bulan lepas, memenuhi wilayah kecil itu dan mencetuskan pertikaian politik berhubung perlindungan sempadan di luar Kesatuan Eropah.

Media sosial memainkan peranan penting dalam penghijrahan beramai-ramai tersebut. Ramai pendatang berkata video dan mesej di platform seperti TikTok mencadangkan bahawa sempadan yang biasanya dikawal ketat telah dibuka secara tiba-tiba.

Dakwaan penginapan akan tersedia di Ceuta dan pendatang akan dapat meneruskan perjalanan ke tanah besar Sepanyol juga tersebar dengan pantas.

EU kini merancang memantau platform media sosial popular dengan lebih ketat dalam usaha untuk lebih bersedia bagi menghadapi perkembangan serupa.

Berikutan mesyuarat tergempar negara anggota EU minggu ini, para pegawai berkata sistem amaran awal boleh terus dibangunkan termasuk melalui pemantauan media sosial, untuk menambah baik penilaian bersama blok berhubung situasi baharu muncul.

"Platform mesti bertindak tegas dalam menjaga integriti ruang digital, khususnya semasa situasi krisis," menurut Virkkunen di platform media sosial X selepas pertemuan dengan wakil TikTok dan induk Facebook Meta pada Jumaat.

“Pemantauan mesti ditingkatkan, kerjasama dengan pemeriksa fakta diperkukuh,” tambahnya.

-- BERNAMA-dpa 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement