awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17 : Kedua-dua kotak hitam diserah kepada Belanda untuk dibawa ke Britain

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2014
02:02 MYT
MH17 : Kedua-dua kotak hitam diserah kepada Belanda untuk dibawa ke Britain
Dua kotak hitam yang diserahkan kepada pakar dari Malaysia, pada Selasa. -EPA/ROBERT GHEMENT
Pasukan pegawai Malaysia telah menyerahkan dua kotak hitam milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 kepada sepasikan penyiasat yang diketuai Belanda.
Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan kerajaan Belanda berkata, kedua-dua kotak hitam itu telah diserahkan oleh pakar dari Malaysia kepada Badan Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan antarabangsa.
Rekod dan data penerbangan di dalam kotak hitam pesawat yang dikatakan ditembak jatuh oleh peluru berpandu milik puak pemisah pro-Rusia itu diberikan pada Khamis dan akan dihantar ke Farnborough, Britain untuk muat turun data.
"Pakar dari beberapa negara termasuk OVV akan membawa kotak-kotak hitam terbabit ke Farnborough untuk membantu siasatan,” kata kenyataan tersebut.
Kedua-dua kotak hitam yang menyimpan data penerbangan malang itu akan dibawa ke Britain dengan menggunakan pesawat tentera Belgium.
Belanda bertanggungjawab bagi penyiasatan itu kerana Kiev tidak mempunyai kuasa ke atas lokasi nahas yang dikawal pemberontak itu.
Puak pemisah pro-Rusia pada Selasa telah menyerahkan kedua-dua kotak hitam kepada Malaysia, yang kemudian membawanya ke Kiev.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Belanda
#KLIA
#kotak hitam
#Malaysia Airlines
#MH17
#OVV
#penerbangan Malaysia
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan