SEBELUM ini kami telah melaporkan bahawa acara Microsoft Build: AI Day akan ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sayangnya ini juga bermakna CEO Microsoft, Satya Nadella terpaksa menunda kehadirannya di rantau ini dan juga Malaysia.

Terkini, laman web Microsoft Build: AI Day telah dikemas kini, dan tarikh baharu untuk acara tersebut telah diumumkan pada 2 Mei 2024.

Lokasi acara juga sudah bertukar, di mana sebelum ini ia dijadualkan di Kuala Lumpur Convention Centre.

Kini, lokasi baharu acara tersebut sudah bertukar ke Nexus Connexion Conference & Event Centre di Bangsar South.


Seperti sebelum ini, pihak Microsoft juga telah mengesahkan bahawa Satya Nadella akan ke Malaysia untuk memberi ucap tama di acara tersebut.

Microsoft Malaysia juga telah mengesahkan bahawa pendaftaran sudah dibuka untuk mereka yang berminat untuk menyertai acara tersebut. -Amanz