awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi menyelamat budak jatuh perigi masuk peringkat akhir

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2022
02:53 MYT
Misi menyelamat budak jatuh perigi masuk peringkat akhir
Pihak berkuasa berkata misi menyelamat Rayan (gambar) kini memasuki peringkat akhir dengan kurang 20 kaki sahaja lagi untuk digali. -Media sosial
PIHAK berkuasa di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam sebuah perigi sejak Selasa.
Misi tersebut kini memasuki peringkat akhir dengan kurang 20 kaki sahaja lagi untuk digali. Namun timbul kebimbangan perigi itu berkemungkinan akan runtuh.
Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak lelaki itu, hanya dikenali sebagai Rayan, 5 tahun, terjatuh ke dalam perigi sedalam lebih 100 kaki yang terletak berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen, pada Selasa malam.
BACA: Operasi menyelamat: Kanak-kanak terperangkap dalam lubang 32 meter di Maghribi
Video usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menjadi tular dan distrim secara langsung di seluruh dunia melalui platform media sosial Facebook dan Twitter.
Status Rayan setakat ini tidak jelas, namun media tempatan Le360 melaporkan anggota SAR berjaya mengesan pernafasannya dan oksigen telah dipam ke dalam perigi.
Kamera jarak jauh juga telah diturunkan berhampiran Rayan dalam usaha membantu penyelamat memantau keadaannya.
Difahamkan, kakitangan perubatan dari Kementerian Kesihatan telah dikerah dan bersedia untuk merawat kanak-kanak itu.
Sebuah helikopter juga bersedia untuk menerbangkannya ke fasiliti perubatan terdekat, menurut kenyataan media kerajaan.
Sebuah lubang selari juga dilaporkan digali hampir pada kedalaman telaga, selain sebuah terowong mendatar.
Pada Jumaat, usaha menyelamat tergendala apabila runtuhan tanah memenuhi lubang yang digali.
Topic Berkaitan
#Rayat
#terperangkap lima hari
#jatuh dalam telaga
#Ighran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan