Skip to main content

Dunia

Mongolia bakal larang penggunaan media sosial di sekolah

SOCIAL MEDIA GENERIC [ADOBE STOCK]
Facebook, Instagram dan TikTok adalah antara platform media sosial yang paling banyak digunakan di Mongolia. - Gambar hiasan
Advertisement

ULAANBAATAR: Mongolia akan melarang penggunaan semua jenis media sosial di sekolah pendidikan am di seluruh negara mulai tahun akademik 2026-2027, kata Menteri Pendidikan dan Sains Luvsantseren Enkh-Amgalan pada Rabu, lapor Xinhua.

Enkh-Amgalan berkata keputusan telah dibuat untuk melarang sepenuhnya penggunaan kumpulan sembang atau halaman media sosial bagi sesebuah kelas yang melibatkan ibu bapa, guru dan pelajar mulai tahun akademik akan datang bagi memastikan keselamatan pelajar dalam talian serta mengurangkan kebergantungan kepada skrin.

Facebook, Instagram dan TikTok adalah antara platform media sosial yang paling banyak digunakan di Mongolia.

Guru lazimnya berkomunikasi dengan pelajar dan ibu bapa mereka menerusi kumpulan sembang Facebook serta memuat naik tugasan kerja rumah dalam kumpulan berkenaan.

Tahun akademik bagi institusi pendidikan di semua peringkat di Mongolia bermula pada 1 Sept setiap tahun.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement